Kebersihan Hakiki Datang Dari Hati Yang Suci....~~

Jika iman telah lenyap, maka tidak ada lagirasa aman .
Dunia ini tidak bererti jika agama tidak lagi dijunjungi.
Siapa orang yang hidup tanpa agama maka kehancuran akan menjadi teman setianya....

17 Apr 2010

AWAS !!!! Penyakit hasad berbahaya




















APA ITU HASAD...???


Sayyid Quthb berkata , "Hasad merupakan suatu perasaan tidak timbul dalam diri seseorang ketika melihat org lain mendpt limpahan nikmat dari Allah s.w.t. Perasaan ini kemudian diiringi dgn lahirnya harapan agar nikmat tersebut lenyap dari pemiliknya.."


Justeru itu islam melarang keras sifat tercela ini...



Irihati Sebagai sumber Kejahatan

Kenapa sy menyebut hasad sebagai punca dari segala kejahatan dan dosa...??Cuba kita perhatikan pendorong utama yang melahirkan rasa irihati ini tidak lain tidak bukan adalah iblis..
Lupakah kita ketika Allah Taala memerintahkan iblis supaya sujud kepada Nabi Adam a.s. malahan iblis menentang keras kerana perasaan irihati terhadap penciptaan Nabi Adam a.s yang berbeza iaitu Nabi Adam a.s di cipta drpd tanah malahan mereka di cipta drpd api...

Inilah yang membuatnya menyombong kepada Allah Taala seperti disebutkan dalam firman-Nya:


"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat , 'sujudlah kamu semua kepada Adam,'
lalu mereka bersujud kecuali Iblis. Ia(Iblis) berkata,' Apakah aku harus bersujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?," (al-Isra' :61)


Sifat tercela ini selanjutnya tetap dipertahankan Iblis dan keturunannya. Dengan demikian , dia menjelma menjadi sumber segala kerosakan dan kejahatan di muka bumi ini.



Kenapa Irihati Diharamkan...??

Pada hakikatnya sifat hasad dpt diertikan sebagai perasaan dimana tidak rela dgn ketentuan dan takdir yang di gariskan Allah Taala bagi masing-masing hambaNya.Betul tak...??
Betul laa tu...sebab kita kadang kala rasa teringin jugak nak jadi macam org lain berjaya , punya harta dan macam-macam lagi....tpi tanpa kita sedar ia merupakan buah dari hasad...
Dengan demikian , seorang muslim di larang menyemai sifat ini disebabkan dengan memilikinya maka sama saja dia telah mempertikaikan kebijaksanaan Allah Taala yang melebihkan sebahagian hamba dari sebahagian yang lain. Dan ingat !!! sifat seperti ini hanya dimiliki oleh orang-orang munafik.Sedangkan kita tahu bahawasanya segala sesuatu itu ada dan akan terjadi sesuai dengan ketentuan qadha' dan qadarNya. Tiada sesuatu pun yang terjadi di dlm alam ini, kecuali dengan sepengetahuan Allah, izinNya dan ketentuanNya.


"Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran". (Al- Qamar: 49)


Dalam sebuah hadith shahih yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w , dia bersabda:

Allah tidak menetapkan qadha' bagi seorang hamba, kecuali qadha' itu baik bagi dirinya.


Firman Allah Subhanahu wa Taala :


.....boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..( Al-Baqarah: 216)



Jangan Bergaul Dengan Si Pendengki


Sesungguhnya kedengkian itu merupakan penyakit yang tidak bakal mendatangkan pahala, dan juga bukan cubaan yang akan mendatangkan balasan baik dari Allah bagi para pelakunya. Oleh itu, Waspadalah dengan si pendengki kerana seorang pendengki akan membawa kita agar meremehkan nikmat-nikmat Allah.Sesungguhnya di sini ingin sy ingatkan lagi agar jangan sekali-sekali cuba untuk memilikirasa dengki dan irihati dengan nikmat yang ada pada orang lain.Berlindunglah kepada Allah s.w.t agar tidak bergaul dengan seorang pendengki , kerana apabila kita bersahabat dengan si pendengki secara automatik kita turut terjebak dengan sifat tercela ini..Sesungguhnya kuasa seorang sahabat itu besar berbanding diri kita...kalau kita tidak mampu membendung diri kita , kita akan hanyut di buai arus kawan kita..sedangkan kita tidak tahu apa niat sebenar kawan kita itu...adakah dia mempunyai niat yang tersendiri...??atau dia memang seorang kawan yang di gelar sahabat...??Anda mesti pelikkan apa bezanya sahabat dengan kawan...??



Kawan ialah seorang kawan sebenar hanya berkawan untuk memperalatkan kita untuk kepentingan dirinya sahaja. Tidak melahirkan rasa keikhlasan dalam menjalinkan hubungan dengan kita.Melainkan sahabat pula bermaksud seorang kawan yang berkawan dengan kita kerana keikhlasan yang terbit dari hati yang suci..dan sanggup buat ape sahaja untuk kawan malahan tidak berniat untuk mempergunakan kawan untuk kepentingan diri semata-mata....



Oleh itu, Semua orang boleh di ajak berkawan kecuali seorang pendengki.....

Penyebab Timbulnya Sifat Irihati:

  • Rasa marah , benci , dan permusuhan.
  • Rasa sombong dan merasa diri terhormat atau mulia.
  • Rasa takut kehilangan sesuatu yang disukai atau diinginkan.
  • Gila akan kekuasaan dan populariti.
  • Jiwa yang kotor dan kikir dalam melakukan kebaikan.
Sifat irihati ini akan menjerumuskan pemiliknya ke dalam kebinasaan. Ia akan melahirkan banyak bahaya bagi agama serta kehidupan duniawi orang yang melestarikannya.

Orang yang menjadi mangsa irihati orang lain akan selalu berada dalam pertolongan Allah Taala.Dia justeru memperoleh banyak keuntungan dari sifat irihati orang lain tersebut, samada dalam kehidupan dunianya mahupun akhirat kelak. Bahkan sampai-sampai para ahli hikamah mengatakan, "Orang yang irihati merupakan musuh bagi dirinya dan turut menjadi teman bagi musuhnya."

Ubat Untuk Mengatasi Penyakit Ini :

  • Ilmu ...iaitu orang yang berilmu tidak akan merasa irihati terhadap orang yang lebih dari dirinya dan tidak meremehkan orang yang lebih rendah darinya.
  • Amal....iaitu dengan inilah binatang buas yang bernama hasad dapat diikat dengan kuat. Dari erti kata lain.. iaitu sifat hasad ini dapat di elak dengan beramal dengan AllahTaala dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikanNya.

Akhir kata dari saya "Waspadalah dengan sifat tercela ini agar kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur...."

AWAS!!! JAUHI HASAD IA MEMBUNUH KITA....


Wassalam....(^-^) senyum sokmo !!!

13 Apr 2010

Hawa setinggi mana martabat anda...??


Assalamualaikum w.b.t.......

Wahai kaum hawa.....
Ingin ku tegaskan di sini ttg martabat anda sekalian....

Siapakah kalian ini.....??
Adakah barang dagangan...mahupun hanya sampah di merata tmpat....
Aku sedih melihatkan keaiban kalian semua...

Aku kesal kenapa ke tahap ini yang berlaku...
Aku kecewa bilakah kalian akn insaf....
Niatku cuma mahukan kepastian....
Adakah hawa seperti ini yang menjadi rebutan ribuan Adam di luar sana....
Aku buntu untuk memikirkannya..... ??buntu..buntu...


Insaflah wahai kaum Hawa ....aku mohon...
Sebelum terlambat....
Kenapa perlu membuka keaiban anda begitu sahaja...
Kamu tidak kah tahu ape niat sebenar kaum Adam...
Mereka bukanlah mengharapkan kecantikan semata-semata...

Sesungguhnya kecantikan Hawa itu bukanlah terletak dari luaran...
Tetapi dalamannya...

Iaitu hati yang bersih lagi suci...

Yang menjaga kehormatan...

Yang menjaga aurat dari pndangan mata kaum Adam....
Bukanlah yang mudah menzahirkan kecantikan yang dimiliki...

Hawa....

Kau bukanlah TEDDY BEAR...
Yang boleh di pegang , di sentuh, di permainkan, di peluk , di cium....
Tapi kau lah INTAN PERMATA...
Yang sukar di cari...
Yang jauh di dasar laut.....

Perlukan ketabahan dan kesabaran dalam mencarinya....


Tapi sekarang ape sudah jadi...??
Dimana martabat anda..??
Yang sepatutnya di jaga, di lindungi, di pelihara...

Yang tidak mudah melebur dengan hanya pujuk rayu seorang insan yang bernama lelaki....

Yang tidak mudah tunduk dengan hanya ajakan Adam...

Biar kita digelar wanita yang jual mahal...
Daripada digelar wanita murahan...

Yang senang di dapati...
Di cari di merata-rata tempat...

Kedai makan pun boleh laaa....
Nak peluk pun ok gak....

Ape semua itu Hawa...??
Anda sedar atau tidak...??
ape sebenarnya yang bermain di benak seorang lelaki...??

Kita tidak tahu samada niat mereka tulus atau hanya mainan semata-mata...
Hanya menguji kehormatan kaum Hawa..

Yang mengharapkan belaian semata-mata....

Bukanlah jujur dan tulus menyanyangi kita....
Jikalau seorang lelaki menyanyangi diri kita...
Dia tidak akan hanya mengajak kita couple...
Tapi dia akan ajak kita kahwin...

Ingat itu....!!!

Tidak rugi kalau kita semua jual mahal...
Ape yang penting harga diri perlu di jaga...

Bukan untuk siapa...
Tapi untuk kita dan suami kita suatu hari nanti....
Jauhilah penzinaan.....
Sesungguhnya penzinaan itu HARAM di sisi Islam...
Islam tidak pernah mengajar kita erti perhubungan
Yang hanya berlandaskan Nafsu semata-mata...
Yang mencalar keimanan kita satu persatu....
Tetapi Islam itu suci dan bersih...
Yang mengharapkan perhubungan yang HALAL...
Yang menjaga kehormatan kaum Hawa....

Mengapa kita tidak menjaganya...??
tidakkah kita juga orang islam...
Yang tahu apa itu DOSA...
kenapa harus kita lakukan juga....
KENAPA...??KENAPA HAWA...??

Sekarang insaflah wahai Hawa...
Aku sayang kamu semua ...
Aku tidak mahu maruah kita mudah di permain....
Jadilah wanita yang beriman....
Yang menjaga kehormatan...
Jadilah seperti PERMATA...
Hanya lelaki yang beriman yang mampu menaklukinya...
Kerana ia sukar di cari tanpa keimanan yang tinggi...

Wahai Adam....
Ingin aku berpesan....
Jika kamu memiliki Permata itu...
Jagalah ia sebaik mungkin...
Jangan sesekali memberi peluang kepada lelaki yang tidak bertanggungjawab....
Untuk menjentuhnya...
Malahan mencalarkannya ....
Dan menjualnya....
Sesungguhnya Permata itu terlalu bermakna...
Yang hilangnya sukar di cari ganti....
Simpanlah ia.. di tempat yang suci...
Lindungilah ia dari panahan mata laki-laki lain...
Peliharalah dia...belailah dia...
Jauhkanlah dia dari penzinaan....
Bawalah dia ke pangkal jalan....
Didiklah dia dengan imanmu...
Sesungguhnya seindah perhiasan adalah wanita solehah......




Jangan Marah!!!


Assalamualaikum w.b.t.....

Jangan Marah.....kenapa dgn jangan marah...??adakah anda sedang marah....calm down ok....rileks ...tarik nafas...hembuskan...ucapkan astagfirullah al azim...

Ha'aa tajuk ini menjadi tajuk pilihan sy krn inilah dinamakan sifat semulajadi manusia ....betul x..??kita x boleh nak elak drpd sifat ini...terutamanya bgi org yg panas baran....mereka bukan lah nak marah sgt pun tpi keadaan yg memaksa.....itu kata segelintir masyarakat je lah...ape kata kite...??kenapa kite marah....??
Angry why...??why..??why...??

Setiap hari kite sentiasa berdepan dengan perbagai kerenah manusia x kira di mane tmpat nye....x kire bile mase nye...ade2 saje kerenah yg x sesuai dgn jiwa kite....

Ni nak cite sikit ttg pengalamn sy mase sekolah dlu zaman form 5 dah...nak dekat exam.....erm mcm2 masalah yg melanda ...padahal sume nii bkn lah berat sgt pun...tpi perasaan je lebih....stress nak exam kot....mcm2 laa yg dtg dlm kepala otak nii....nak pusing rase....adoii... ya allah kuatkan semangat ku ya allah...hanya engkau yg maha mengetahui isi hati ini..huhu

Biase la kan bila nak exam nii ade laa kerja khusus yg kene wat....kerja khusus nii bkn calang2 kije khusus tau....sy kene wat kije khusus ttg buka sebuah perniagaan namanye kedai penternakan kambing...hahaha
ape yg wat sy marah niii bkn ape...yelah sy duk asrama so nak wat kije 2 susah laa sikit...kene kongsi gan kwn2....dah laa komputer kat sekolah sikit je ...masing2 ade kije...sy nii jenis slow sikit...asyik bgi kat org dlu je...kite lepas nii pun boleh...heroin x gaduh laa kate kan...

Last2 sy lak yg melepas....alah maklumla masing2 ade kije saper laa nak berhenti alang2 wat 2 biar laa smpai siap...alamak mati laa ak...x siap kije ak nii....adoii....bisik ku dlm ati...masing2 penting kan diri sendiri...mula2 ak yg dpt komputer tu...sbb kesian punye pasal ....bagi je lah....
sbb sy ade komputer kat rumah dia x der...tpi susah laa sikit coz blik kampung 2 minggu sekali...tu pun law x der kije lain yg nak di buat.....dia punya merayu gan sy...adoii...kesian lak pulak...bagi jelah ...x per sy leh wat kat rumah lagi pun minggu blik kmpung....nak jdi kan citer 2....minggu 2 x leh blik kmpung...giler sy di buat nye....dah lah kije khusus kene hntr 3 minggu lgi....klu minggu nii x leh blik alamat 2 minggu lgi laa bru bleh blik....adoii..pusing2...

Dah laa cikgu pulak bkn main lagi meleter...ramai yg x beres kije bkn sy sorang je.....tpi yg rileks sekali sy laa....setiap kali subjek die WAJIB kene punye....nak marah rase tau ...bkn nye x nak wat tpi dah komputer x cukup...itulah alasan yg sy kasi...tpi apelah yg cikgu kisah...ape yg penting 3 minggu dri skrg mesti anta punye....

Kawan sy pulak 2 dah org kasi kat kite x pndai2 nak bntu balik....adoii bkn harap sgt pun tpi...yelah die sndiri tgk per sy kene mrh bkn nye ade rase bersalah...hish...redha jelah dpt kwn cam nii...selfish betul.....tpi...aper yg mengembirakan nye...pd hari yg wajib antar kije khusus 2...sy lah org yg pertama yg antar tau...gembira rase...mane x nye org yg selalu kene marah ...yg paling awal anta kije khusus....hahaha...Baru kau tau aku saper...??huhu
yelah tuhan tu maha kaya ...dia sentiasa bantu kite x kira di mane jua kite berada... mase senang mahupun susah....sekarang sy sedar bhawase nye marah tu bukan penyelesai suatu masalah....malahan sabar itulah peyembuh segalanya...apa pulak kaitan sabar dgn perasaan amarah nii..???memeng ader kaitan pun...rapat sekalii.....

Kerana sabar juga lah mengajar sy erti kehidupan...sabar dgn kerenah kwn2...dan makhluk2 lain....so...JANGAN MARAH....sabar lah selagi hati ni boleh sabar....sentiasalah beristigfar dan berdoa krn dgn istigfarlah hati kita menjadi tenang dlm menjalani masalah yg dtg....sesungguhnya setiap masalah ade jln penyelesaiannye....sesungguhnya sabar di ats perkara yg tidak disukai dan kesalahan adalah jalan menuju kejayaan.....

Sepertimana Ibnu Taimiyyah berkata, "Jika masalah yg sy hadapi menemui jalan kebuntuan, maka sy akn beristifar kpd Allah lebih kurang seribu kali, nescaya Allah akan membukakan jalan keluar."

....janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita....(At-Taubah:40)

Sesungguhnya org2 yg keresahan, kesedihan, emosi dan amarah di dlm hati nye, baginya ada penawar yg telah diberikan oleh Nabi s.a.w.

Antara penawar bgi amarah yg dpt sy kongsikan adalah seperti berikut:-

  • berusaha menghilangkan perasaan marah.
.....dan apabila mereka marah, mereka memberi ampun.(Asy-Syura:37)
  • berwudhu'.Marah adalah bara api, dan api hanya boleh di padamkan dgn air.Rasulullah s.a.w pernah bersabda "Bersuci adalah sebahagian dari iman".
Juga sabdanya: "Wudhu' itu adalah senjata org mukmin."
  • Jika seseorg itu marah dlm keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk , dan jika dalam keadaan duduk, maka hendaklah berbaring.
  • Jika sedang marah, hendaklah dia diam dan jgn bnyk berbicara.
  • Sentiasa ingat akn ganjaran yg didapati bgi mereka yg mampu menahan amarahnya dan mereka yg suka memaafkan kesalahan org lain.
Oleh itu sama2 lah kite menjaga amarah kite agar kehidupan kita menjadi aman dan damai...sesungguhnya tiada yg menjanjikan kebahgiaan melainkan perasaan aman dan damai yg terbit dlm diri kita...krn perasaan itu terbit pada hati yg sentiasa menjaga amarah dan saling memaafkan kesalahan org lain....Big Smile

SO....SENYUM SOKMO....DON'T BE SAD.....