Kebersihan Hakiki Datang Dari Hati Yang Suci....~~

Jika iman telah lenyap, maka tidak ada lagirasa aman .
Dunia ini tidak bererti jika agama tidak lagi dijunjungi.
Siapa orang yang hidup tanpa agama maka kehancuran akan menjadi teman setianya....

17 Apr 2010

AWAS !!!! Penyakit hasad berbahaya




















APA ITU HASAD...???


Sayyid Quthb berkata , "Hasad merupakan suatu perasaan tidak timbul dalam diri seseorang ketika melihat org lain mendpt limpahan nikmat dari Allah s.w.t. Perasaan ini kemudian diiringi dgn lahirnya harapan agar nikmat tersebut lenyap dari pemiliknya.."


Justeru itu islam melarang keras sifat tercela ini...



Irihati Sebagai sumber Kejahatan

Kenapa sy menyebut hasad sebagai punca dari segala kejahatan dan dosa...??Cuba kita perhatikan pendorong utama yang melahirkan rasa irihati ini tidak lain tidak bukan adalah iblis..
Lupakah kita ketika Allah Taala memerintahkan iblis supaya sujud kepada Nabi Adam a.s. malahan iblis menentang keras kerana perasaan irihati terhadap penciptaan Nabi Adam a.s yang berbeza iaitu Nabi Adam a.s di cipta drpd tanah malahan mereka di cipta drpd api...

Inilah yang membuatnya menyombong kepada Allah Taala seperti disebutkan dalam firman-Nya:


"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat , 'sujudlah kamu semua kepada Adam,'
lalu mereka bersujud kecuali Iblis. Ia(Iblis) berkata,' Apakah aku harus bersujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?," (al-Isra' :61)


Sifat tercela ini selanjutnya tetap dipertahankan Iblis dan keturunannya. Dengan demikian , dia menjelma menjadi sumber segala kerosakan dan kejahatan di muka bumi ini.



Kenapa Irihati Diharamkan...??

Pada hakikatnya sifat hasad dpt diertikan sebagai perasaan dimana tidak rela dgn ketentuan dan takdir yang di gariskan Allah Taala bagi masing-masing hambaNya.Betul tak...??
Betul laa tu...sebab kita kadang kala rasa teringin jugak nak jadi macam org lain berjaya , punya harta dan macam-macam lagi....tpi tanpa kita sedar ia merupakan buah dari hasad...
Dengan demikian , seorang muslim di larang menyemai sifat ini disebabkan dengan memilikinya maka sama saja dia telah mempertikaikan kebijaksanaan Allah Taala yang melebihkan sebahagian hamba dari sebahagian yang lain. Dan ingat !!! sifat seperti ini hanya dimiliki oleh orang-orang munafik.Sedangkan kita tahu bahawasanya segala sesuatu itu ada dan akan terjadi sesuai dengan ketentuan qadha' dan qadarNya. Tiada sesuatu pun yang terjadi di dlm alam ini, kecuali dengan sepengetahuan Allah, izinNya dan ketentuanNya.


"Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran". (Al- Qamar: 49)


Dalam sebuah hadith shahih yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w , dia bersabda:

Allah tidak menetapkan qadha' bagi seorang hamba, kecuali qadha' itu baik bagi dirinya.


Firman Allah Subhanahu wa Taala :


.....boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..( Al-Baqarah: 216)



Jangan Bergaul Dengan Si Pendengki


Sesungguhnya kedengkian itu merupakan penyakit yang tidak bakal mendatangkan pahala, dan juga bukan cubaan yang akan mendatangkan balasan baik dari Allah bagi para pelakunya. Oleh itu, Waspadalah dengan si pendengki kerana seorang pendengki akan membawa kita agar meremehkan nikmat-nikmat Allah.Sesungguhnya di sini ingin sy ingatkan lagi agar jangan sekali-sekali cuba untuk memilikirasa dengki dan irihati dengan nikmat yang ada pada orang lain.Berlindunglah kepada Allah s.w.t agar tidak bergaul dengan seorang pendengki , kerana apabila kita bersahabat dengan si pendengki secara automatik kita turut terjebak dengan sifat tercela ini..Sesungguhnya kuasa seorang sahabat itu besar berbanding diri kita...kalau kita tidak mampu membendung diri kita , kita akan hanyut di buai arus kawan kita..sedangkan kita tidak tahu apa niat sebenar kawan kita itu...adakah dia mempunyai niat yang tersendiri...??atau dia memang seorang kawan yang di gelar sahabat...??Anda mesti pelikkan apa bezanya sahabat dengan kawan...??



Kawan ialah seorang kawan sebenar hanya berkawan untuk memperalatkan kita untuk kepentingan dirinya sahaja. Tidak melahirkan rasa keikhlasan dalam menjalinkan hubungan dengan kita.Melainkan sahabat pula bermaksud seorang kawan yang berkawan dengan kita kerana keikhlasan yang terbit dari hati yang suci..dan sanggup buat ape sahaja untuk kawan malahan tidak berniat untuk mempergunakan kawan untuk kepentingan diri semata-mata....



Oleh itu, Semua orang boleh di ajak berkawan kecuali seorang pendengki.....

Penyebab Timbulnya Sifat Irihati:

  • Rasa marah , benci , dan permusuhan.
  • Rasa sombong dan merasa diri terhormat atau mulia.
  • Rasa takut kehilangan sesuatu yang disukai atau diinginkan.
  • Gila akan kekuasaan dan populariti.
  • Jiwa yang kotor dan kikir dalam melakukan kebaikan.
Sifat irihati ini akan menjerumuskan pemiliknya ke dalam kebinasaan. Ia akan melahirkan banyak bahaya bagi agama serta kehidupan duniawi orang yang melestarikannya.

Orang yang menjadi mangsa irihati orang lain akan selalu berada dalam pertolongan Allah Taala.Dia justeru memperoleh banyak keuntungan dari sifat irihati orang lain tersebut, samada dalam kehidupan dunianya mahupun akhirat kelak. Bahkan sampai-sampai para ahli hikamah mengatakan, "Orang yang irihati merupakan musuh bagi dirinya dan turut menjadi teman bagi musuhnya."

Ubat Untuk Mengatasi Penyakit Ini :

  • Ilmu ...iaitu orang yang berilmu tidak akan merasa irihati terhadap orang yang lebih dari dirinya dan tidak meremehkan orang yang lebih rendah darinya.
  • Amal....iaitu dengan inilah binatang buas yang bernama hasad dapat diikat dengan kuat. Dari erti kata lain.. iaitu sifat hasad ini dapat di elak dengan beramal dengan AllahTaala dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikanNya.

Akhir kata dari saya "Waspadalah dengan sifat tercela ini agar kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur...."

AWAS!!! JAUHI HASAD IA MEMBUNUH KITA....


Wassalam....(^-^) senyum sokmo !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan