Kebersihan Hakiki Datang Dari Hati Yang Suci....~~

Jika iman telah lenyap, maka tidak ada lagirasa aman .
Dunia ini tidak bererti jika agama tidak lagi dijunjungi.
Siapa orang yang hidup tanpa agama maka kehancuran akan menjadi teman setianya....

29 Jun 2010

Amalan Bertegur Sapa....



Assalamualaikum w.b.t


Assalamualaikum, vanakkam, ni hauma, apa khabar, hai, hello, guano demo, apa kaba kitak tek?. Beberapa istilah yang biasa dan boleh dipraktikkan dalam kehidupan kita bermasyarakat sebagai amalan tegur-menegur.
Tidak terbatas dengan apa macam loghat sekalipun, bahkan sekuntum senyuman serta bermanis muka sudah cukup untuk kita menegur. Namun, teguran tersebut haruslah secara berhikmah dan kena pada tempat dan keadaannya. Hati yang lembut dan jiwa yang halus bisa cair dek panahan sapaan walaupun dengan sapaan yang ringkas.


Budaya menegur semakin hari, semakin tidak diambil endah oleh masyarakat sekeliling. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Sampaikan, jiran di sebelah yang sudah bertahun lamanya juga tidak dikenali siapa orangnya. Amat parah. Inikah budaya kita?


Nilai Ukhwah

Dalam Islam, bertegur sapa amatlah digalakkan. Bukan sahaja sesama muslim, juga kepada seluruh umat manusia tanpa mengira bangsa, agama, kaum, negara, warna kulit, tahap keimanan, pangkat, status dan sebagainya. Kebanyakan kita pada hari ini, lebih mementingkan pangkat, darjat dan mengamalkan sikap "kau, kau. Aku, aku", tanpa memikirkan orang di sekitar. Contoh lagi kita dapat lihat satu kelompok dengan kelompok mereka sahaja, bila rasa benci, tak suka, tak tegur. Molekkah sikap sebegitu?. Amalan bertegur sapa, kenal-mengenali amat banyak manfaatnya. Bila bertegur, kita dapat kenal orangnya. Yang sudah kenal, semakin eratlah ukhwahnya. Ukhwah yang terjalin dapat membentuk peribadi masyarakat yang unggul, membentuk sifat saling hormat-menghormati, tolong-menolong, dan sifat kebertanggungjawaban.


Antara tanggungjawab seorang muslim kepada muslim yang lain ialah

"Apabila bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam".

Turut dinyatakan "Janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, janganlah kamu saling belakang membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad menghasad. Sebaliknya jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi 3 hari".

Allah Ta'ala berfirman dalam surah Hujurat ayat 10 yang bermaksud:

"Sesunggunya orang-orang mukmin itu bersaudara. Kerana itu damaikanlah di antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat."

Konsepnya adalah, kita dengan saudara kita, hubungan tak kan terputus tak kira la gaduh macam mana pun. Orang Melayu kata, air dicincang takkan putus. Orang Melayu dulu-dulu, suka buat bahasa kiasan, tengok kalau nak merisik pun, pantun bukan main macam-macam, siap keluar perkataan dalam kamus dewan yang tebal tu, yang pelik tu, idea laju je datang.

"Kami ni hajatnya nak menyunting bunga di taman..ala,untuk kumbang yang kesepian tu.."
,

yang tuan punya rumah pulak balas "Bunganya ada dua kuntum, nak yang merah ke, nak yang putih, kalau merah, kena tnya tuan punya badan, kalau putih, kena tanya tuan punya badan jugak..", pastu anda pk sendirilah,

ok2, tengok sifat air tadi. Ia berterusan, Mengalir ke mana pun bersama-sama, pada akhirnya, akan sama-sama berkumpul di sungai untuk terus mengalir ke laut. Itu la ukhuwah yang sepatutnya.

Dalam ayat yang mudah faham, cuba kita tengok kartun Wonderpet (adik ana minat sgt citer nii), apa tah nama 3 ekor tu, ana pun tak tau, tapi ana pernah tengok sekali je cerita tu, time tu diorang nak selamatkan anak kura-kura yang hilang cengkerang, diorang punya kerjasama memang cantik, sampai diorang berjaya tolong anak kura-kura tu dengan membuat cengkerang tiruan. Ha3 kelakar betul ade ke mcm tuu...itulah namenya citer cartoon...!!tapi di sebalik citer tuu ade faedahnya iaitu UKHUWAH mereka... macam tu la ukhwah yang sepatutnya kita contohi, lihat dari segi bagaimana kesungguhan diorang tolong anak kura-kura tu, ada ithar nya, ada husnuzon nya, ada berlapang dada,wah kalah kita ni!!!






Ok, kalau la kita berterusan dengan sikap macam ni, agak-agak macam mana orang Islam akan datang eh? Zaman Rasulullah dulu, orang Islam time tu bersatu padu, memang mantap, sampai la lahirnya empayar Islam yang dibanggakan, Abbasiyah..MasyaAllah, Zaman Emas Islam. Islam sebagai sumber rujukan dunia, sistem khalifah begitu berjaya dilaksanakan, Islam tersebar sampai 2 per 3 dunia sampai la kat Malaysia ni, syariat-syariat Islam begitu mudah diterima oleh penduduk dunia waktu tu, ulamak-ulamak serta ilmuan-ilmuan Islam bukan main ramai dan hebat waktu tu, Subhanallah..memang mengkagumkan. Sekarang pulak, zaman kita saja dah macam ni, zaman akan datang macam mana eh? Wallahu'alam

Sekarang, jelas sekali sikap kita hari ini menentukan macam mana keadaan kita akan datang. Macam mana anak-anak kita, dan yang paling bahaya, macam mana agama kita. Kata kita ni orang Islam, sayang Islam, tapi apa tindakan kita? suruh ikut program pun liat..ish3..nauzubillahiminzalik..

Perlu diingatkan, setiap masalah pasti ada penyelesaian. Allah berfirman dalam Surah Asy-Syarh,

" Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."

Jadi, apa solutionnya? Adakah kita perlu jadi macam orang Melayu dulu-dulu yang suka berkias?

"Bukankah Tom And Jerry dalam cerita kartun tu selalu bergaduh tapi sampai masa, diorang baik balik, takkanlah kita yang bukan kartun ni tak nak baik balik?"

Tak. bukan masalah kias tak kias, tapi masalahnya adalah kita. Kenapa kita berkawan dengan dia? Sebab dia pandai ke? Sebab cun ke? atau sebab dia kaya? Sebab2 yang kita kawan dengan dia yang macam sampah ni la puncanya, Kita kena ubah sebab apa kita berkawan dengan dia. Ana bagitau awal-awal tadi, ukhuwah terbina atas dua tunjang iaitu AQIDAH dan FIKRAH. Yes, ini yang perlu dijadikan sebab kenapa kita kawan dengan dia. Macam orang-orang Ansar dengan Muhajirin dulu tu. Sampai tahap tawarkan rumah, tawarkan isteri, harta demi menolong sahabat seaqidahnya yang datang sehelai sepinggang! Subhanallah, hebat betul ukhuwah islamiyyah..!

Last Sekali, macam biasa, kalau penutup sesuatu rancangan tu mesti macam slow skit kan..Ana tak nak slowkan penutup ana, tapi ana nak bawak anda kepada satu doa. Harapan ana, bila ana dah cerita panjang berjela pasal ukhuwah ni, dapat la trigger anda semua walaupun skit. Di sebalik doa ni terkandung makna yang sangat mendalam Yang penuh dengan kasih sayang seorang saudara kepada saudaranya yang lain. Yang mendoakan saudaranya dengan penuh tawakkal dan mengharap pada Yang Satu. Yang bila mana dilaksanakan denga kefahaman yang jelas dan bersungguh-sungguh, insyaAllah kita akan melihat lahirnya rijal-rijal yang bermanfaat pada agama!!

Salam Ukhuwah Fillah............
wassalamunnalaik
....(^_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan