Kebersihan Hakiki Datang Dari Hati Yang Suci....~~

Jika iman telah lenyap, maka tidak ada lagirasa aman .
Dunia ini tidak bererti jika agama tidak lagi dijunjungi.
Siapa orang yang hidup tanpa agama maka kehancuran akan menjadi teman setianya....

3 Jun 2010

Hidup Cari Kawan Bukan Cari Musuh

Erm....zaman serba moden kan...??ramai remaja sekarang nii ade akaun sendiri...
sekarang ramai tergila2 gunakan facebook...ade org kate facebook nii boikot...
tpi ramai jugak yang mengunakannya....no hal laa...setiap org punya pendapat masing2...
tpi ramai kawan ana pun dah ade fb skarang ....x heran laa fb skrang famous...dah mencecah 2 juta pengguna yang mengunakan fb...sampaikan adik ana yang kecik pun nak fb jugak...x per laa dia pun tau moden jugak....hish2 budak zaman skarang nii canggih2 otak it....huhuu....(^_^)

Cerita pasal fb nii....ana pun ade jgak tpi...main2 jew lah ....yelah ana bukan nak buat sgt fb nii...mula2 tuu akak ana yang suruh buka akaun fb...sbb dia kate skarang nii org sume pakai fb dah...x main myspace nii....aduhai....ape2 jelah....
So ana pun buka lah akaun fb....x per lah ana boleh cari knalan bru...huhu
x per niat nak cari kawan bukan lawan....betul x...??ramai kawan kita boleh tahu bnyk ragamnya...alah biasa lah manusia nii x sama...kadang2 dengan kawan jugalah kita boleh kenal siapa diri kita sendiri ....sbb kita sebenarnya x kenal siapa kita...kita rase diri kita nii perfect tapi x jugak...kita cuba nak berkawan tapi kita tak tahu samada cara kita berkawan tuu salah dan makan hati kawan...sbb itulah kita kadang2 kena tanya kwn2 kita yg kita nii macam mane...??aper yang x puah atii dio...??gapo saloh kito...??barulah kita tau siapa kita...memang tidak di nafikan yang setiap makhluk di muka bumi nii x sempurna tapi kita kena cari alternatif lain utk kenal siapa diri ini....???dan kita boleh utk menyempurnakan diri walaupun x boleh menjadi yg terbaik cukuplah hanya mampu jadi yang baik....mungkin salah satu nya dengan cara berkawan dan menerima pendapat kawan walaupun ia sukar utk kita terima..........berkawan jugalah kita dapat berjihad di jalan Allah......berkawan dengan niat yang baik ...InsyaAllah di berkati oleh Nya.......

Kita sering diingatkan supaya berhati-hati dalam memilih kawan. Rakan yang baik akan membawa kebaikan, sebaliknya yang jahat membawa kemudaratan.

Sebagaimana persahabatan Nabi Muhammad SAW dengan Saidina Abu Bakar adalah ikatan persaudaraan yang perlu dicontohi umat Islam. Mereka sama-sama terbabit dalam perniagaan sehingga menjadi sahabat karib. Kedua-duanya mempunyai akhlak mulia, sama haluan dalam perjuangan sehingga terjalin kasih sayang dan kemesraan.

Persahabatan Rasulullah SAW dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman dalam memperjuangkan agama. Ia sewajarnya dijadikan panduan bagi umat Islam memilih kawan yang baik. Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah dijelmakan menerusi sabda Baginda bermaksud: “Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar.” (Hadis riwayat al-Baihaqi).

Rasulullah SAW juga meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar seperti dinaqalkan dalam buku susunan Syed Ahmad Semait, Sepuluh Yang Dijaminkan Masuk Syurga, katanya:

Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku! Engkau telah membenarkanku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah. Sesungguhnya tiada siapa pun, biar apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu.”

Allah SWT memilih Abu Bakar sebagai teman karib Rasulullah SAW dalam mendokong usaha dakwah amat bertepatan sekali.

Mencari kawan yang baik dan mampu membimbing ke arah kebaikan


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW menggariskan beberapa perkara bagi memilih teman atau kawan yang baik, antaranya :

Hendaklah bersahabat dengan orang yang bertakwa dan beriman
Sabda Baginda bermaksud: “Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

Hindari daripada berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknya
Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya.”

Sabda Baginda lagi : “Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).

Menegur kesilapan kawan di atas perkara yang benar
Ubadah Ibn As-Samit berkata: “Rasulullah SAW mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya. Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah.” (Hadis riwayat Muslim).

Membantu kawan ketika kesempitan
Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Dirimu Wahai Sahabat

Apa sebenarnya nilai seorang sahabat bagi anda semua...?cuba kita fikir dan renung2kan semula ape sebenarnya sahabat bagi kita....??adakah dia hanya sahabat yang terlukis di alam maya yang hanya datang bila perlu..??apa sebenarnya....??cuba fikir....??

ade orang kata sahabat dengan kawan berbeza ...apekah perbezaan itu...??kita pun sebenarnya x tahu ape bezanya tapi kita faham bila ia datang pada kita...hadir dalam hidup kita...tetapi sukar untuk di luahkan...betul tak...??
sebenarnya kawan dengan sahabat nii x der beza pun...kalau kita berpendapat yang kawan nii hanya teman yang Allah S.W.T kurniakan utk hadir menemani kita hidup di alam duniawi ini....ia satu kurniaan yang tak ternilai yang Allah ciptakan hanya utk kita saje....yang x ade pade org laen...istimewa hanya utk kita.....

cuba kita fikir dengan akal yang Dia kurniakan...ramai lagi kawan2 kita yang x ade kwn yang nak berkawan dgn dia krna kekurangan diri dia....macam mane heh nak terangkan nii...??susah nye...macam nii lah ade segelintir makhluk yang di ciptakan oleh Allah yang x ade seorang pun yang sudi berkawan dgn dia krna kekurangan dia...kesian kan...??ape salah dia...dia x pernah berharap dan ingin kan kekurangan itu...tetapi Allah maha Pencipta... dia uji kita yang sempurna yang x ade kekurangan adakah kita sanggup untuk menerima kawan yang sebegitu rupa...??kalau kita tidak sanggup maknanya kita telah menghina ciptaan Allah...sedangkan Dia jugalah yang mencipta kita....nauzubillah...semoga kita tidak tergolong di dalam golongan itu.....

sebab itu walau buruk setaro mno pun kita keno pandang dia dari sudut akal bukan nafsu....kita berkawan kerana Allah bukan kerana hati...kerana hati yang busuk tidak akan membawa kita ke jalan yang mulia.....dun jugde a book by its cover.....sbb semua makhluk adalah sama....yang dicipta..bukan Pencipta....yang punya kekurangan....yang tidak pernah lari dari kesilapan....di sini ana nak nasihatkan semua teman2 ana, kawan2, sahabat2, ayuhlah kita maafkan kesilapan kawan kita semua, terima kawan kita seadanya....kerana hilang nya tiada berganti....sahabat kurniaan yang berharga dari segala-galanya di muka bumi ini...yang ikhlas diciptakan oleh Allah utk kita jadikan teman dalam suka dan duka menempuhi liku2 hidup di dunia ini.......dun jugde orge lagii deh....terima lah seadanya.....kita cari sahabat bukan cari musuh....kerana musuh walaupun 1 org ia akan membawa kita ke lembah kehinaan lebih hina dari yang dihina....kawan walaupun 1 org ia membawa kita mengenal apa itu erti kehidupan berteman bukan bersendirian..........

kau lah sahabat kau teman.............(^_^) senyum sokmo


Tiada ulasan:

Catat Ulasan