Kebersihan Hakiki Datang Dari Hati Yang Suci....~~

Jika iman telah lenyap, maka tidak ada lagirasa aman .
Dunia ini tidak bererti jika agama tidak lagi dijunjungi.
Siapa orang yang hidup tanpa agama maka kehancuran akan menjadi teman setianya....

26 Jun 2010

Tak Dapat Seru .....!!!

Hahaha.....tak dapat seru....??seru aper tuuu....??seruan haji ke...??nii bkn musim haji laa...raye pose pun x lepas lagii,dah tuu seru aper....??

ni lah nak citer pasal seruan solat berjemaah .....setiap hari kita sebagai umat islam wajib menunaikan solat 5 waktu sehari semalam....tpi seruan untuk menunaikan solat berjemaah je yang susah kita nak sahut....kenape erk...??sibuk sangatkah kiter niii...??hai x kan nak beribadat pun sibuk kalau bersuka ria tak sibuk plak....hish2 ape nak jadi laa korang nii.(bgi yg berkenaan shj..)...hendak seribu daya tak hendak seribu dalih....

Solat Berjemaah Adalah WAJIB...

Solat berjemaah di masjid atau surau sangat digalakkan dalam Islam. Hadis-hadis Rasulullah SAW juga cukup banyak yang sentiasa memberi motivasi bahawa pahala orang yang solat berjemaah jauh lebih baik berbanding solat bersendirian.

Di sana juga terdapat hadis-hadis Rasulullah SAW yang mengecam dan memberi amaran yang sangat keras bagi mereka yang tidak hadir solat berjemaah.Malahan dalam suasana yang sangat getir pun mereka tidak mengabaikan solat berjemaah. Disebabkan keyakinan yang tidak berbelah bagi Rasulullah SAW bahawa penyatuan saf di dalam masyarakat adalah bermula dengan penyatuan saf di dalam masjid.

Masjid menjadi tempat bertemu dan bertanya khabar, peluang menyuburkan semangat persaudaraan. Sebab itulah, falsafah solat berjemaah adalah bertujuan menyatukan ummah sehingga dilabel sebagai khaira ummah (umat terbaik).Masjid mampu merungkai persengketaan dan perbalahan, tempat menimba yang jernih. Dalam pada itu persoalan solat berjemaah dan fadilatnya banyak ditujukan kepada kaum lelaki bukan kaum wanita.

Namun demikian, ini tidaklah bermaksud wanita tidak perlu ke masjid atau surau untuk solat berjemaah. Solat berjemaah di masjid wajib hukumnya, di mana keterangan masalah ini nampak sekali imbas bahawa solat jemaah seakan-akan diwajibkan bagi setiap muslim, baik lelaki mahupun perempuan.Padahal tidaklah demikian. Ini kerana di dalamnya terdapat beberapa pengecualian dan pengkhususan.

Solat Berjemaah TIDAK WAJIB Bagi Wanita...??

Di antara pengkhususan itu adalah tidak diwajibkan solat berjemaah bagi wanita. Hal itu sesuai dengan ijmak (kesepakatan) ulama. Adapun dibolehkan mereka ikut serta dalam solat berjemaah bukan bererti merupakan kewajipan bagi mereka sebagaimana yang telah dikatakan oleh Abu Muhammad bin Hazm rahimahullah;

“Adapun bagi wanita maka hukum menghadiri solat berjemaah adalah tidak wajib. Dalam perkara ini tidak terdapat ikhtilaf di antara para ulama”. (Al Muhalla 4: 196)

Sebaliknya wanita dianjurkan untuk solat di rumahnya kerana fadilat (keutamaannya) lebih besar dibandingkan dengan solat berjemaah di masjid.

Rasulullah SAW bersabda kepada seorang wanita yang bermaksud:

“Solat di bilikmu (rumahmu) lebih baik daripada solat di rumahmu. Solat di rumahmu lebih utama daripada solat di masjid kaummu”. (riwayat Ibn Khuzaimah)

Di dalam hadis lain Rasulullah bersabda:

“Janganlah kalian melarang wanita-wanita kamu (untuk pergi ke) masjid dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka”. (riwayat Ibnu Khuzaimah)

Berkata Imam Asy Syaukani r.h ketika menjelaskan lafaz “Rumah-rumah mereka lebih utama bagi mereka”, maksudnya adalah “Solat mereka (wanita) di rumahnya itu lebih utama bagi mereka dibandingkan dengan solatnya di masjid”.

Jika mereka mengetahui yang demikian (pastilah mereka tidak meminta untuk keluar masjid). Akan tetapi kerana mereka tidak mengetahuinya, maka mereka meminta izin untuk keluar ke masjid dengan berkeyakinan bahwa pahalanya lebih banyak daripada solat di rumahnya”. (al-Syaukani, Nailul Authar 3:131).

Dari riwayat-riwayat di atas, para ulama mengistinbatkan hukum bahawa solat wanita di dalam rumahnya lebih utama daripada solat di masjid.

Walaupun demikian mungkin akan timbul dalam benak kita suatu pertanyaan: “Manakah yang lebih utama, wanita solat di rumahnya dengan berjemaah atau solat sendiri. Dan apakah solat jemaahnya akan mendapatkan seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW (yakni lebih utama 27 darjat)?”

Untuk menjawab pertanyaan ini terlebih dahulu kita melihat syarah hadis solat berjemaah lebih utama dibandingkan solat sendiri dengan dua puluh lima (dalam riwayat lain dengan dua puluh tujuh) darjat. Apakah hadis tersebut bersifat umum bagi lelaki dan wanita?

Hujah-hujah yang dikemukakan tadi adalah berdasarkan tuntutan bahawa wanita tidak disuruh dan jangan dilarang.

Tujuan Wanita TIDAK DIGALAKKAN Solat Berjemaah

  • Hukum awal wanita tidak digalakkan ke masjid atas tujuan mengelak fitnah yang mungkin berlaku, kerana perumahan di zaman Madinah dan Mekah agak jauh dari Masjid. Atas kebimbangan keselamatan adalah lebih baik solat di rumah masing-masing.
  • Perkara kedua, budaya masyarakat Arab memang tidak akan membenarkan wanita keluar bersendirian, suami akan dikata sebagai tidak bertanggungjawab.

Namun demikian hari ini ramai wanita yang ke masjid tidak ditemani oleh suami tapi dengan izin. Ini kerana suasana hari ini mungkin lebih selamat, apatah lagi dalam suasana kampus.

Dari Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Janganlah kalian melarang hamba (para wanita) Allah ke masjid-masjid Allah. (riwayat al-Bukhari)

Menyoroti hadis-hadis di atas, Imam Nawawi r.a berkata: Hadis ini dan yang semisalnya (menjelaskan) dengan jelas sekali bahawa wanita tidak dilarang pergi ke masjid. Akan tetapi dengan syarat-syarat yang telah disebutkan oleh para ulama yang diambil daripada hadis-hadis iaitu: Tidak memakai wangi-wangian, tidak tabarruj (berhias-hias, bersolek-solek), tidak memakai gelang kaki yang dapat terdengar bunyinya, tidak memakai baju yang mewah, tidak berikhtilat dengan kaum lelaki dan bukan gadis yang dengannya dapat menimbulkan fitnah, tidak terdapat sesuatu yang dapat menimbulkan bahaya di jalan yang akan dilalui. Apabila dia mempunyai suami atau tuan dan terpenuhi syarat-syarat yang disebutkan tadi, maka dimakruhkan melarang mereka ke masjid. Namun jika dia belum/tidak mempunyai suami atau tuan, maka diharamkan melarang mereka ke masjid apabila terpenuhi syarat-syarat di atas. (Syarh Shahih Muslim 4:382-383).

Inilah syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh para ulama yang disyariatkan kepada para wanita yang ingin ke masjid. Syarat-syarat ini diambil daripada hadis-hadis Nabi SAW.

Pengalaman Ana....

Dulu ana pun x gi jugak solat berjemaah...tpi sekarang Alhamdullillah ana dah berubah dan cuba untuk sentiasa solat berjemaah...walaupun hnya solat subuh, maghrib dan isyak...
Dulu walaupun surau duk depan rumah jew...tak jauh laa kalau nak gi solat tuu....ana tak pergi jugak, nak buat macam mane hati nii tak tergerak nak pergi...kate org tak dapat seru...!!! hahaha
tpi skrang ana menyesal sgt sbb buat mcm tuu....tpi nak buat mcm mane bende dah lepas , biarkan ia berlalu...skrang ana mula hidup baru...

Ana terdetik utk solat berjemaah nii...mase ana form4...sbb mase tuu laa ana duk hostel...sebelum nii duk rumah jew...tak pernah jauh gan ibubapa...bila duk kat hostel bnyak ana belajar bende baru....salah satu nya solat berjemaah laaa....mase ana mula2 duk hostel dlu x tau pun yang sume pelajar wajib solat berjemaah di surau...ana pun x pergilah solat kat surau...lepas tuu kene marah laa sbb x pergi smbhyg...ana jawab lah yang ana smbhyg kat hostel je..mane lah tau wjib smbhyg kat surau, esk ana janji x smbhyg kat hostel lagii...tpi nak buat mcm mne lah kan mase tuu minggu orentasi...nak tak nak tak boleh membantah..tpi alhamdullillah...akak2 senior maafkan.....

lepas tuu ana pun selalu lah pergi solat berjemaah kat surau...bila minggu balik kampung pun...ana pergi solat berjemaah jugak kat surau depan rumah tuu....sbb dalam hati ana nii rase bersalah pulak kalau nak tinggal solat berjemaah...selalunya mak gan ayah ana je solat kat surau...lepas ana ckp ana pun nak ikut, pelik plak diorang...hihi...diorang plak tnye ana kenapa nak gi solat berjemaah nii, selalunya lmbt bonar nak pergi...??tpi arinii volunteer plak...(sbb mak gan ayh selalu ajak ank2 dia pergi smbhyg, tpi ank2 dia je x mo pergi)
ana jawab..:alah dah dapat seru la tuu...hihi
ayh ckp......:Allah selalu seru kita, tpi kita je tnye hatii bile nak sahut seruan niii....??
ana jawab..:ha'aaa, memang ana silap dlu..skrang ana nak mula hidup baru...
mak ckp.....:baguslah kalau mcm tuu, lagi pun kat surau kite nii kurang jemaah wanita, bkn wanita saje, laki pun same jugak...tpi x per lah x usah pedulikan org laen dah diorang tak mo pergi...takkan kita nak pakse..ye tak...??nnti dapat seru datang la tuu....hihi
ana jawab...:hah, tuu mak pun ckp mcm tuu....mcm mno nii ayh...??
ayh..............:..????? ....no komen....

P/S...: di sini ana nak pesan kepada semua kaum muslimin, muslimat yang dirahmati Allah s.w.t...ayuhlah kita mengimarahkan masjid@surau kita....kalau ana boleh berubah..kita semua juga boleh....dengarlah laungan azan dari muazin, bukan hanya dengar kerana laungan muazin semata-mata tapi dengarlah laungan itu adalah seruan Allah s.w.t memanggil kita semua untuk bersujud kepadaNya....Ayuhlah kita same2 menyahut seruan Illahi......

HAIYA A'LA SOLAH........marilah menunaikan sembahyang
HAIYA A'LA FALAH........marilah menuju kejayaan

kita berjaya kerana bersembahyang....INGAT!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan